IB TOOLKIT

 
 
  
Assalamualaikum wrt wbt.
 
Dalam Middle Years Programme International Baccalaureate (MYPIB), terdapat lebih 90 toolkit yang boleh digunakan semasa PdPc.
 
Kali ini, saya kongsikan salah satu toolkit yang saya gunakan semasa PdPc KHB untuk tajuk Elektronik.
  
Aktiviti ini di namakan Rainbow Groups (Kumpulan  Pelangi).

1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Tentukan tajuk/sub tajuk yang berbeza bagi
    setiap kumpulan untuk perbincangan (home group)

2. Selepas berbincang, bina kumpulan baru (colour group) yang terdiri daripada setiap ahli
    dari  kumpulan asal

3. Murid akan menyatakan hasil perbincangan dari kumpulan asal kepada ahli kumpulan
    baru secara bergilir
 
Aktiviti dalam Colour Group.
Murid sedang menerangkan hasil perbincangan yang telah diperolehi dalam Home Group

Setiap murid perlu menerangkan hasil perbincangan kepada ahli dalam Colour Group


Pembahagian kumpulan. (Home Group dan Colour Group)
Saya gunakan nama Pak Mat, Pak Abu, Pak Din. Murid seronok dengar nama klasik ni....
 

Ini adalah Unit Plan yang kami gunakan untuk MYPIB.

Masing-masing berusaha memberi penerangan yang terbaik kepada rakan-rakan dalam Colour Group


Sesi penilaian di mana murid dipilih secara rawak untuk terangkan apa yang telah mereka pelajari.



Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat dimanafaatkan bersama dan membantu rakan-rakan guru khasnya untuk melaksanakan PdPc di dalam kelas.
 
InsyaAllah, di lain masa saya akan kongsikan Toolkit yang lain pula.  
 
 
Terbaru Lebih lama