Assalamualaikum.
Salam Hari Wilayah.
Agak lama tidak menulis. Mood berblogging ni pun ada pasang surutnya, turun naiknya. Ada masa sangat bersemangat, ada masanya pulak terus hilang semangat....
Diam tak diam, hari ni sudah masuk bulan kedua tahun 2017. Pantasnya masa berlalu..Sesekali terfikir, apa yang dah saya buat sebulan yang lalu untuk tahun 2017 ni?
Minda Positif tahun 2017..saya nak buat apa yang saya suka. Rasanya orang lain pun sama. Buatlah apa yang kita suka dan kita seronok dengan apa yang kita buat.
Gambar-gambar di atas ni adalah gambar semasa saya menghadiri Bengkel Tulis, Terbit dan Jual Buku kelolaan coach Khairy Tajudin, seorang penulis dan penerbit yang telah diadakan di Bangi pada 28 Januari baru-baru ini.
Banyak ilmu yang telah diperolehi sepanjang bengkel. Salah satu cara menulis yang paling mudah yang telah dikongsikan oleh coach Khairy ialah kita tubuhkan group whatsapp tapi ahlinya adalah kita seorang sahaja. Pelik bukan? Saya pun gelak bila dengar tentang tu, tapi itu lah caranya supaya idea yang kita dapat terus kita catatkan.
Bila ada saja idea, kita terus tulis dalam group whatsapp tu. Sangat praktikal cara ni. Idea ni kadang-kadang tak tentu masa ia muncul...kalau idea tu tiba-tiba muncul ketika kita sedang makan, takkan nak buka laptop kan? Nampak gayanya dah tak ada alasan untuk tidak menulis selepas ini.
Rasanya cukup dulu untuk kali ni...permulaan untuk Minda Positif 2017.
Kita jumpa lain kali. InsyaAllah.
Salam Hari Wilayah.
Agak lama tidak menulis. Mood berblogging ni pun ada pasang surutnya, turun naiknya. Ada masa sangat bersemangat, ada masanya pulak terus hilang semangat....
Diam tak diam, hari ni sudah masuk bulan kedua tahun 2017. Pantasnya masa berlalu..Sesekali terfikir, apa yang dah saya buat sebulan yang lalu untuk tahun 2017 ni?
Minda Positif tahun 2017..saya nak buat apa yang saya suka. Rasanya orang lain pun sama. Buatlah apa yang kita suka dan kita seronok dengan apa yang kita buat.
Coach Khairy Tajudin |
Peserta bengkel tulis, terbit dan jual sendiri |
Coach yang sentiasa senyum |
Peserta bengkel, peluang bergambar dengan coach |
Coach Khairy menurunkan ilmunya kepada kami |
Semuanya penuh khusyuk dan berrsemangat mendenar penerangan coach Khairy |