KONVENSYEN KAJIAN TINDAKAN PUTRAJAYA 2022

 

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ 


Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam mesra. 

Alhamdulillah, petang tadi telah selesai Majlis Penutupan Konvensyen Kajian Tindakan  Putrajaya 2022 yang telah berlangsung di Dewan Sri Melati, Perbadanan Putrajaya. Majlis  penutupan konvensyen ini telah disempurnakan oleh  Pengarah Pendidikan WP Putrajaya, Hajah Farizah Haji Ahmad. 

Sepanjang tahun 2022, beberapa siri bimbingan telah dijalankan. Kami SISC+ Putrajaya terlibat secara langsung dengan bimbingan kajian tindakan kepada guru-guru  sekolah-sekolah Putrajaya.  Alhamdulillah, penerimaan guru-guru sangat memberangsangkan. 

Pembentangan akhir kajian tindakan telah diadakan pada 6  hingga 7 Disember 2022 secara dalam talian. Pada kali ini urusetia telah menerima sebanyak 73 penyertaan dan sebanyak 43 penulisan telah terpilih untuk pembentangan akhir. 

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan dan menghasilkan penulisan  kajian tindakan yang telah mereka laksanakan sepanjang tahun ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kecemerlangan anak-anak didik. 

Disertakan pautan buku program Majlis Penutupan Konvensyen Kajian Tindakan  Putrajaya 2022







Poster Konvensyen Pendidikan Putrajaya 2022



Taklimat kepada juri



Di sebalik tabir pembentangan


Sesi pembentangan akhir secara dalam talian



Ucapan perasmian penutupan oleh YBRS. Puan Hajah Farizah Haji Ahmad
Pengarah Pendidikan WP Putrajaya


Bacaan doa


gggg

Bersama-sama Puan Rohana Manaf  (Guru Besar), Cik Baizura (Guru Penolong Kanan Akademik)  
dan guru-guru SK Putrajaya Presint 11(1) iaitu sekolah Rakan Elit TS25 saya


Bersama Cikgu Rahayu Ab Rahman (tempat kelima kategori mata pelajaran umum) 
dan Fatin Amira Dewi (tempat kedua kategori Pemulihan/Pendidikan Khas)



Cikgu Najihah, pertama kali membentang dan mendapat 
tempat ketiga kategori Pemulihan/pendidikan Khas


Bersama Cikgu Zainab, juga pertama kali terlibat dengan kajian tindakan 
dan mendapat tempat ketiga kategori Prasekolah




Terbaik keseluruhan sekolah menengah 
SMK Putrajaya Presint 8(1)



Terbaik keseluruhan sekolah rendah
SK Putrajaya Presint 8(2)


Penyampaian sijil penghargaan kepada juri


Juri daripada Institut Perguruan Guru


Juri daripada JPWP Putrajaya


Juri daripada JPWP Putrajaya


Juri daripada JPWP Putrajaya


Juri daripada JPWP Putrajaya (merangkap pengacara  majlis)









Terbaru Lebih lama