ANUGERAH TOKOH BAHASA MELAYU SEKTOR PENDIDIKAN DAN TOKOH BAHASA MELAYU KATEGORI TEKNIKAL VOKASIONAL TAHUN 2023


 

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ


Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.

Permohonan bagi Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan dan Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Kategori Teknikal Vokasional Tahun 2023 telah  dibuka mulai 2 Januari 2023 hingga 31 Mac 2023. 

Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan (ATBMSP) merupakan anugerah yang diwujudkan mulai tahun 2020 untuk menghargai sumbangan dan usaha warga sektor pendidikan dalam memartabatkan bahasa Melayu. Sebagai usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu, mulai tahun 2022 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan satu kriteria baharu bawah ATBMSP iaitu Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Kategori Teknikal dan Vokasional (ATBMKTV) yang terbuka permohonan kepada wargasektor pendidikan yang menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu institusi pendidikan KPM, sekolah swasta, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Kepada warga sektor pendidikan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun di semua institusi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah swasta, Maktab Rendah Sains MARA serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan memenuhi syarat-syarat permohonan, sangat dialu-alukan untuk  membuat permohonan. 

Disertakan syarat permohonan dan borang permohonan untuk rujukan bersama.

https://drive.google.com/drive/folders/142-nKNZsRkA17lAYOzsNvOp7KZUjkl2T?usp=share_link


Disertakan juga pautan Sembang Didik (2023) I Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan

https://youtu.be/zjvP_E7PWOo



Terbaru Lebih lama