APA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN?



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.

Pagi ini InsyaAllah anak-anak calon SPM akan mula menduduki ujian bertulis. Pastinya sebagai ibu bapa, kita juga akan merasa debarannya. Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu  anak-anak kita? Salah satunya adalah melalui doa. Saya yakin dan percaya, ibu bapa ada doa tersendiri untuk anak-anak. Allah Maha Mendengar dan Mengetahui. Berdoalah mengikut kehendak masing-masing. Selain daripada berdoa, kita juga digalakkan untuk berzikir dan beristighfar. 

Di sini saya kongsikan amalan zikir dan doa di sepanjang anak menduduki peperiksaan. Amalan ini adalah daripada perkongsian Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa. Zikir daripada kekuatan Asma'ul Husna. 

Zikir dan doa ini jugalah yang saya amalkan semasa anak sedang menduduki SPM suatu ketika dulu. 

Sebaik sahaja anak memasuki dewan peperiksaan, saya akan menunaikan solat taubat, solat Dhuha dan solat hajat dan membaca surah Yassin.  Itu pun jika saya tidak ada kelas atau urusan lain. Sekiranya ada kelas, ada zikir dan doa yang saya amalkan. 

Sungguh! Doa ibu sangat mustajab.

Anak saya sendiri mengakui, pernah ketika beliau menjawab soalan karangan BM, beliau mengalami 'mental block' dan kehilangan idea untuk menulis. Apa yang menghairankan beliau, katanya ketika sedang berfikir itu lah tiba-tiba idea untuk menulis datang mencurah-curah  hinggakan penat tangan menulis.

Dan saya percaya, mungkin itulah bantuan yang Allah berikan.

Inilah zikir dan doa,  perkongsian daripada Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang saya amalkan ketika anak sedang menduduki peperiksaan.


Allahumma -  1 kali
Ya Alim   Ya Hakim   Ya Roshid  - 40 kali

Bicara hati: 
Ya Allah, kau alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku 
agar dia dapat menjawab dengan baik – 1 kali

Allahumma – 1 kali
Ya Dzohir – 40 kali

Bicara hati:
Ya Allah, Kau nampakkan lah jawapan yang betul dalam minda anakku 
kerana Engkau lah Yang Maha Menampakkan- 1 kali

Allahumma – 1 kali
Ya Fattah – 40 kali

Bicara hati:
Ya Allah, Kau bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi 
agar dia nampak semua jawapan yang betul – 1 kali

Allahumma – 1 kali
Ya Baari’ – 40 kali

Bicara hati:
Ya Allah, Kau uruskan anakku sebaik-baiknya sepanjang exam ini. 
Kau aturkanlah mindanya  dan jari jemarinya untuk menjawab dengan pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin dengan kuasaMu Ya Allah - 1 kali

Aku serah seluruh jiwa dan raga anakku hanya kepadaMu.


Ulang dan ulang zikir ini sehinggalah anak tamat menghadapi peperiksaan. 

Bayangkan anak-anak sedang menjawab peperiksaan dengan tenang.

Buat calon yang sedang menduduki SPM, 

بالتوفيق والنجاح دان الله يفتح عليكم في الإمتحان

Bittaufiq Wannajah dan Allahu Yuftah 'Alaikum yang bermaksud semoga Allah memberi kalian petunjuk dan kejayaan dan semoga Allah membuka jalan kepada kalian.





Terbaru Lebih lama