بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera
BENGKEL KERJA PEMANTAPAN PBL STEM BERSEPADU
Pada 4 - 6 April yang lepas telah diadakan Bengkel Kerja Pemantapan PBL STEM Bersepadu bertempat di Hotel Vivatel Kuala Lumpur. Sasaran bengkel ini adalah penyelaras STEM JPN, pegawai SISC+, penyelaras STEM sekolah berkenaan PBL STEM Bersepadu.
Objektif bengkel ini adalah untuk:
- memantapkan kefahaman tentang PBL STEM Bersepadu di peringkat JPN
- menyelaras pelaksanaan PBL STEM Bersepadu di peringkat Bahagian dan JPN
- bersedia bagi Bengkel Kerja PBL STEM Bersepadu di peringkat zon
Alhamdulillah, setelah tiga hari berbengkel, banyak input yang diperolehi. Ini amat membantu kami selaku pegawai yang terlibat dengan pelaksanaan STEM untuk turun memberikan bimbingan di sekolah.
Pada awalnya saya beranggapan bengkel ini seperti kebiasaan di mana kita hanya diberikan input sahaja tetapi ternyata saya silap. Ini kerana bengkel ini diadakan secara hands on hampir seratus peratus. Malah masa yang berlalu tidak terasa walaupun kami sedang berpuasa. Sedar-sedar dah tiba waktu berbuka. Walaupun aktiviti yang padat dan tamat pada jam 6:30 petang, tetapi pengendalian bengkel yang mantap membuatkan kami terus fokus pada tugasan yang diberikan.
Taklimat oleh urus setia bengkel yang
terdiri daripada pegawai BPK
Antara aktiviti yang dijalankan, mencari kata kunci yang diletakkan dalam timbunan kertas. agak mencabar tetapi menyeronokkan
Bersedia untuk aktiviti energizer. Puasa-puasa ni kena banyak energizer kalau tak mengantuk😏
Semuanya bersemangat👍
Dah tak sabar nak jalankan aktiviti
Tenang-tenang dulu
Tetap ceria
Orang yang dihadapan sekali akan menulis apa yang disampaikan oleh ahli yang dibelakangnya.
Team kami, Putrajaya dan Sarawak
Selfie dulu
Gelagat peserta
Berbuka puasa dan bersahur ramai-ramai. Jarang-jarang nak dapat peluang seperti ini
Menu berbuka puasa. Alhamdulillah
Team kami, Putrajaya Sarawak.
Bentang jangan tak bentang..
Gembira dapat menyiapkan tugasan😀
Suai padan, gunting, tampal..
Team Pulau Pinang Selangor
Team Perak Labuan
Team Kedah Sabah
Team Johor Kelantan
Sticker yang diperolehi ditampal di papan sticker kumpulan masing-masing
Kumpulan yang memenangi sticker yang paling banyak.
Rupanya pemberian reward juga sebagai booster kepada kami untuk menyiapkan
tugasan dengan pantas
Alhamdulillah, selesai bengkel selama tiga hari dua malam
Ada tugasan menanti, perlu buat penyebaran kepada pegawai di JPN pula selepas ini