Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera.
10/3 yang lepas telah selesai Team Building Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya Siri 2/2023. Mengikut perancangan asalnya, Team Building akan diadakan di Pusat Kokurikulum Sg Tekali pada 10/3 hingga 11/3/2023 namun atas beberapa faktor, tarikh dan tempat pelaksanaannya telah ditukar ke Taman Pepanjat (Vine Garden) di Taman Botani Putrajaya dan hanya diadakan sehari suntuk pada 10/3/2023. Satu pengalaman yang sangat bermakna kepada saya yang baru dua tahun menjadi warga JPWP Putrajaya.
Jom...ikuti catatan perjalanan kami sepanjang pelaksanaan Team Building.
Ruang parkir terbuka
Tangga untuk naik ke tempat program
Urus setia dah sedia menanti para peserta di hadapan bangunan
Taman Botani Putrajaya
Urus setia yang sangat membantu. Tengok lah kat tangan tu...
masih bawa gambar tapak kaki sebagai panduan kepada peserta
Anak panah penunjuk arah ke tempat program
Jejak tapak kaki di sepanjang laluan ke tempat program
Sebelum tiba ke tempat program, kita main nyorok-nyorok dulu
Siap pakai tanda nama lagi tu...
Santai-santai sambil menghayati panorama alam
Selfie lagi..
Dah sampai kat tempat program. Ini Taman Pepanjat. Tinggal di Putrajaya sejak 2005 lagi,
tapi tak pernah tahu pun ada taman ni kat Taman Botani.
Kaunter pendaftaran dan pertukaran hadiah
Dah sampai kat tempat program. Kita makan dulu. Simpan tenaga untuk Treasure Hunt nanti.
Puan Pengarah sedang menikmati sarapan pagi
Semuanya ceria
Sempat selfie dengan Puan Pengarah
Tak habis-habis berselfie😅
Selesai pendaftaran, sarapan pagi dan sesi bergambar, aktiviti dimulakan dengan sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh Sektor Pengurusan dan Kaunseling. Riuh rendah Taman Pepanjat dengan suara kami. Maklumlah... baru dapat keluar dari kebiasaan. Jenuh Tn Hj Samsul (KPP SPsK) nak kawal kami. Terpaksa berikan amaran, sesiapa yang bising kena denda peluk tiang dan cakap "I Love You". Sama macam denda semasa saya belajar di UPM Kampus Bintulu dulu. Nostalgia sungguh😆
Selesai sesi Ice Breaking, maka bermulalah pengembaraan kami melalui aktiviti Treasure Hunt. Macam-macam gelagat yang diperhatikan. Maklumlah dah lama tak beraktiviti seperti ini.
Mencari petunjuk bagi tugasan pertama
Bincang...jangan tak bincang
Ketua kumpulan kami steady je😃
Di setiap Check Point, kena dapatkan cop sebagai bukti telah melewati CP tersebut
Antara petunjuk bagi tugasan yang diberikan
Antara pokok yang terdapat di Taman Botani, tapi tak tahu apa nama pokok tu.
Masing-masing berlumba untuk menyiapkan tugasan.
Tudung pun dah senget😏
Kena menyanyi rupanya bila tiba di penamat😀 Hentam sajalah....
Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke penamat. Lega...
Alhamdulillah, setelah hampir satu jam meneroka Taman Botani, kami tiba di penamat dan merupakan kumpulan pertama yang tiba.
Secara peribadi, saya berpendapat Team Building ini penting bagi melihat tahap semangat kerjasama berpasukan, hirmat-menghormati dan saling bantu membantu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan yang mana ianya boleh diaplikasikan dalam tugasan seharian.
Catatan:
Blog ni ditulis pada bulan Mac tetapi disebabkan kesibukan dengan tugasan lain, tak sempat habiskan penulisan dan baru sempat post😉