BENGKEL GUNTING TUMPUL

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمِ 

 Assalamualaikum wrt. wbt. dan salam sejahtera

Cepatnya masa berlalu. Dah dua minggu kita berada di tahun 2024. Azam yang tahun lepas pun masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

Memulakan tahun 2024 ini, saya mengikuti Bengkel Gunting Tumpul. Apa tu? Mula-mula tengok poster bengkel, suspen juga. Nak belajar tentang gunting untuk apa? Rupa-rupanya gunting tumpul tu analogi kepada inovasi. Gunting tumpul juga menjadi contoh yang mudah untuk kami  peserta bengkel faham tentang inovasi.
  


Ini lah poster yang mula-mula sekali saya tengok. Terus tertarik untuk tahu lebih lanjut
.

Dalam bengkel ini, kami belajar bagaimana untuk menghasilkan idea serta solusi yang luar biasa dan inovatif,  tools yang digunakan untuk menerbitkan idea kreatif. Kami juga diajar tentang asas-asas inovasi dan kreativiti, pelbagai alat, teknik dan skill yang boleh membantu  mencipta sesuatu yang unik dan awesome.

Berasap juga kepala belajar semua ni😉. Sehari suntuk untuk enam sesi perkongsian yang  sangat padat. Tak terasa masa berlalu sebab teruja untuk tahu lebih banyak tentang inovasi. Sebelum ni main buat saja. Tak de hujung pangkal, tiba-tiba muncul inovasi😊 
Penceramahnya pun bukan calang-calang orangnya, beliau sangat berpengalaman terutama dalam Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).


Dr Aspalilla binti Main
Certified TRIZ Practitioner




Pengisian bengkel 



Tool untuk Creative Thinking


Inilah panduan untuk menghasilkan inovasi berimpak tinggi. Jika 4P ini tidak dipenuhi, dianggap data untuk inovasi tersebut tidak lengkap. Baru tahu. Sebelum ni main redah je.




Inilah rupanya gunting tumpul. Dijadikan contoh bagi memudah
kan kami faham.




Rajah Tulang Ishikawa  untuk kenal pasti punca masalah




SCAMPER untuk jana idea solusi




Beza antara Rajah Tulang Ishikakawa dan 5 Whys 




Petikan kata-kata daripada Russell L. Ackoff tentang penyelesaian masalah.




Petikan kata-kata tentang inovasi oleh Aaron Levie, CEO at Box


Definisi masalah oleh Albert Einstein


Nak buat inovasi, kena berkumpulan, kena ada teamwork.
Nak cetus idea bukan kerja yang mudah.  



Banyak sebenarnya yang dipelajari sepanjang bengkel ini. Ini hanyalah Siri Mula . Nanti akan ada beberapa siri lagi iaitu Siri Membina, Siri Membentang dan Menang dan Siri Menjual. 

Kami juga diberikan tugasan yang perlu dilengkapkan dalam masa seminggu. Kenapa seminggu? Tempoh seminggu tu orang kata masih panas-panas dan bersemangat lagi kan. Dah lepas seminggu, risau semua dah lemau, dah lupa semua yang dipelajari. Ilmu kena diaplikasi baru ianya kekal dan ada nilainya. 













Terbaru Lebih lama